Never Perfect.
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Bias

Annyeonghaseyo. Hime desu.. don't forget to Follow me , Insya-Allah i will follow you back =)


Bigfoots!

CutieBaby(s)

Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: SitiSyuhadah
Re-Edited By: Aini Aishah
Others:   


Rancangan Lepas SPM


 بسم الله الرحمن الرحيم semoga Allah permudahkan hidup yang bakal Hime tempuhi


Alhamdulillah dah selesai SPM!! Rasa gembira pun ada rasa takut pun ada, sebab takut result tak boleh dapat bagus, sekarang Hime hanya mampu bertawakal berserah kepada Allah apa pun result yang Hime akan dapat, dan tidak lupa jugak berdoa supaya dapat result yang bagus untuk gembirakan kedua ibu bapa Hime.

Back to topic hari ni "Rancangan Lepas SPM" mungkin ramai yang dapat PLKN so habis SPM diorang terus kena siap siap untuk ke PLKN, tapi Alhamdulillah Hime tak dapat . Jadi macam orang lain jugak mesti ada benda je yang nak buat kan lepas SPM.

Mula-mula Hime ingat nak ikut kakchik Hime pergi KL tolong jagakan cousin-cousin yang masih sekolah rendah tu, tambah pulak sekarang cuti sekolah diorang punya bibik pun umi diorang suruh ambik cuti so kakchik lah nak kena jadi penjaga diorang untuk sebulan, dapat gaji pulak tu, untungnyaaaa!! tapi Hime tak boleh ikut sebab Mama nak hantar Hime suruh ambik lesen kereta dulu. Lagi pun Hime dah cakap dekat mama awal tahun lagi "Mama adik habis SPM 2hb ,lepas tu nak ambik lesen terus" Mama pun bagi je Hime ambik lesen. Lagi pun mama memang galakkan semua anak-anak dia ambik lesen bila dah cukup umur.

Okay lepas dapat lesen, Hime ingat nak cari kerja,tak kisah lah kerja apa pun asalkan dari sumber yang halal, dapat dalam beberapa ratus dalam sebulan pun dah cukup baik untuk Hime ,sebab nak pakai untuk Hime sorang je,dalam masa yang sama boleh simpan siap siap untuk duit sambung belajar , jadi tak lah membebankan mama dengan abah sangat nak keluarkan duit sebab Hime boleh ada duit sendiri. Tapi risau jugak ramai yang tak percayakan Hime boleh buat kerja tambah-tambah member, diorang ingat Hime just anak manja yang kena duduk rumah tak boleh keluar.  :( Sedihnya sebab diorang tak percayakan Hime, takpe lah, Mama Abah percaya Hime boleh . Hehe

Mula cuti ni jugak Hime dah boleh melayan movie balik, Alhamdulillah laptop Hime yang selama ni entah jadi apa dah boleh pakai balik, Thank you to anyah lah sebab dah buat laptop Hime kembali seperti biasa. Hampir setahun lebih laptop Hime tak boleh pakai pun sebab anyah yang buat jugak. Hahaha tapi takpe lah dia dah baiki laptop ni sehari sebelum Birthday Hime, So Hime anggap sebagai hadiah hari jadi yang pertama untuk Hime bagi tahun ni, Thanks anyah :*

That's all for now, kalau tak berhenti nanti membosankan pulak jadinya, tambah pulak lama tak menaip jadi banyak cerita pulak nak di ceritakan. okay bye bye Assalammualaikum

_Hime_