Never Perfect.
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Bias

Annyeonghaseyo. Hime desu.. don't forget to Follow me , Insya-Allah i will follow you back =)


Bigfoots!

CutieBaby(s)

Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: SitiSyuhadah
Re-Edited By: Aini Aishah
Others:   


Need To Be Strong


Assalammualaikum reader.
See post hari ni? "Need To Be Strong" ehh.. macam ada masalah besar je kan yang berlaku? Yes memang pun. Hari ni 20.November.2013 aishah pergi hospital untuk pasal kesihatan aishah. Ya Allah sungguh besar dugaan mu kepada ku. But mama cakap "Allah tak kan bagi dugaan ini kepada sesiapa yang tak mampu bersabar dengan kuasanya" That's mean Allah tahu yang aishah mampu hadapi dugaan ini.

"Thyroid" itu lah masalah yang aishah hadapi, benda tu ada sejak antara form 1/form 2. tapi dulu ingatkan bukan apa apa pun biasa biasa ja, so tahun ni mama bawak pergi check okay just a thyroid biasa . Then banyak kali jugak lah terpaksa aishah ponteng sekolah sebab nak pergi check je.

Then hari ni pergi check lagi and kali ni doktor cakap lebih baik buang takut lebih teruk "Okay memang nak buang pun sebenarnya" so doktor dah cakap setiap operation ada resikonya. Bila aishah dengar resiko tu depan doktor tadi aishah hanya mampu tersenyum, tapi sebenarnya dalam hati ni dah menangis teruk. Yang paling aishah tak suka dengar sekali "kemungkinan akan makan ubat seumur hidup" Hadoi! ini yang paling tak suka ni -,-''

Okay now pun masih tahan menangis ni. Hahah tak habis habis menangis aishah ni tak dak kerja lain dah selain menangis. Then masa balik dari hospital tu mama boleh buat lawak mama cakap "Adik nanti sebelum pergi hospital malam tu makan banyak banyak, esok tu puasa" me just like can smile. hehehe.

Aishah tahu sebenarnya mama sedih just mama tak mampu nak tunjuk dekat anak anak dia , tengok riaksi muka mama pun macam tak happy je. Macam mana nak happy kan? anak bongsu sakit. Apa-apa pun now aishah hanya mampu berdoa dekat Allah supaya semua baik baik je.

"Ya Allah sesungguhnya ini dugaan mu kepada ku, akan ku terima dengan hati yang ikhlas, sesungguhnya setiap dugaan yang engkau berikan ini ada kebaikkannya kepada ku and orang disekelilingi ku, dan aku tahu engkau tak kan menguji seseorang itu luar daripada kemampuannya dan tahap kesabarannya. Terima Kasih Ya Allah kerana beriku dugaan ini sesungguhnya aku tahu engkau menyayangi ku dan semua orang di sekeliling ku"